DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
Diumumkan, dengan ini, saya cik NUR NAJIHAH JAPRIL merasmikan PEMBUKAAN SEMULA BLOG saya pada 1 MEI 2011 bersamaan 27 JAMADILAWAL.. hehe:-)
Ops!! Bukan pembukaan semula. Tapi pembukaan baru. Blog lama telah di tutup. Kenapa? Kerana blog lama hanya cerita duka lara semata-mata. (Bukan la semua. Tapi tak syok) Dulu asyik cerita sedih je. Sekarang buka buku baru..hehe
Sempena pembukaan baru, maka azam blogku juga baru. Azam-azamnya ialah: (teng teng teng..sound effect sikit...haha)
1. Akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Sebabnya: insaf bila mendengar Warna Pagi dekat IKIM.FM yang mana bahasa Melayu semakin jatuh martabatnya walhal majoriti rakyat Malaysia berketurunan Melayu. Sedih=(
2. Akan cuba semaksimum mungkin untuk menggunakan perkataan atau ejaan yang betul. Sebabnya: rindu nak tulis karangan masa di sekolah (hahaha..ayat tak boleh bla)
3. Akan menggunakan tulisan atau 'font' yang besar. Sebabnya: memudahkan orang baca dan tak sakit mata ketika membaca.(Kesian dekat orang-orang yang rabun macam saya. Hihi)
4. Akan menggunakan bahasa yang sopan sesopan sopannya.. (Sopan tak saya? haha). Sebabnya: Bahasa Melambangkan bangsa. Bahasa melambangkan peribadi.
5. Akan menulis sebaik dan serasional yang mungkin. Sebabnya: sebagai seorang bakal guru, kita adalah ikon kepada pelajar.
6. Akan, mesti dan wajib cuba untuk menyelitkan ilmu atau sesuatu yang bermanfaat dalam blog. Sebabnya: kan ada hadis menyatakan "Sampaikan Walau Satu Ayat". Lagi pun ilmu yang bermanfaat kan satu jariah.
Hmmm... Rasanya cukuplah dulu. Hope opss!! silap. Harap dapat melaksanakan apa yang diazamkan ketika membloging. Sekian dulu untuk pertemuan kali pertama. Sampai ketemu lagi. Wassalam.=)